Kelas ICT (Penilaian Microsoft Office)

12 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Julai 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT (Penilaian Microsoft Office) bagi kumpulan 4 yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada 2 orang perempuan dan 3 orang lelaki.

Objektif penilaian ini adalah untuk menilai tahap pemahaman peserta terhadap apa yang telah dipelajari. Sepanjang penilaian, peserta dikehendaki menjawap soalan berbentuk objektif, membuat risalah, membuat pengiraan asas menggunakan Microsoft Excel dan membuat slaid perbentangan menggunakan Microsoft PowerPoint.
Hasil pemerhatian daripada sesi penilaian tersebut, para peserta dapat menjawab semua penilaian dengan baik dan diharap apa yang telah dipelajari dapat diaplikasikan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali